
HPSF : Hospital ke tiga terbesar di Negeri Johor
Status : Hospital dengan Pakar
Luas : 42.5 ekar ( hospital)
3.5 ekar ( tanah perkuburan)
Kawasan perkhidmatan: Daerah Muar (termasuk Tangkak) dengan 374, 227 penduduk
Menerima rujukan dari:
1. Hospital Batu Pahat , Hospital Segamat dan Hospital Tangkak.
2. Klinik Kesihatan, Klinik Swasta dan Hospital Swasta.
3. Kawasan persekitaran ( Negeri Melaka).
•Jabatan Kecemasan merupakan Jabatan yang menjadi ‘frontline’ bagi Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Ia adalah sebagai pintu masuk kepada kes-kes kecemasan ke hospital ini. Bersesuaian dengan nama Hospital Pakar Sultanah Fatimah, ianya menjadi pusat rujukan bagi hospital-hospital daerah di zon utara iaitu Segamat, Tangkak dan Batu Pahat. Dengan adanya seorang pakar kecemasan di jabatan ini sejak April 2007, ia menjadi satu jabatan yang menjadi lebih penting dan mencabar.
•
•Jabatan ini mempunyai 4 katil/troli untuk memuatkan 4 kes kritikal dalam Bilik Resusitasi dalam satu masa dan menyediakan 7 buah katil pemerhatian dan rawatan di zone pemerhatian dan separa kritikal.
•Perubahan demi perubahan dilakukan dalam menjadikan jabatan ini berfungsi dengan lebih cekap dan kompeten. Ditambah pula dengan projek Pusat Panggilan Ambulans Kecemasan - ‘Call Centre 999’, satu negara satu nombor yang dilancarkan pada Disember 2007, maka sudah tentu ia akan bertambah sibuk dan memerlukan lebih ramai tenaga kerja untuk berfungsi dengan lebih baik.
Selain itu Bilik Saringan “Triage” dialihkan ke lokasi yang lebih sesuai bagi memudahkan anggota melakukan tugasan dan bertindak serta membantu pesakit dengan lebih berkesan.
Perkhidmatan yang disediakan:-
1) Kemalangan dan Kecemasan
2) Perawatan pra hospital
3) Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan 999 (MECC)
4) Pusat Khidmat Sepadu(One Stop Crisis Centre)
5) Perkhidmatan Forensik
6) Perkhidmatan Klinik Lepas Waktu Pejabat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tinggalkan komen anda untuk meningkatkan lagi mutu kualiti jabatan