Jabatan Kecemasan merupakan Jabatan yang menjadi ‘frontline’ bagi Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Ia adalah sebagai pintu masuk kepada kes-kes kecemasan ke hospital ini. Bersesuaian dengan nama Hospital Pakar Sultanah Fatimah, ianya menjadi pusat rujukan bagi hospital-hospital daerah di zon utara iaitu Segamat, Tangkak dan Batu Pahat. Dengan adanya seorang pakar kecemasan di jabatan ini sejak April 2007, ia menjadi satu jabatan yang menjadi lebih penting dan mencabar.